Bersempena dengan Program Quranic Arts Festival anjuran Nasyrul Quran, Pusat Tamhidi telah mengambil peluang untuk menganjurkan lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya. Berobjektifkan untuk memberi peluang kepada semua staf Pusat Tamhidi untuk melihat pameran Mushaf Al- Quran dari seluruh pelusuk dunia, program ini telah mendapat respon yang memberansangkan di kalangan staf Pusat Tamhidi. Memilih tarikh 26 Januari 2023, seramai 28 orang kakitangan Pusat Tamhidi telah menyertai lawatan ini. Banyak bahan pameran yang dapat menambah ilmu di kalangan staf. Antara yang menarik ialah: Mushaf Quran dari seluruh dunia, Mushaf Quran Uthman bin Affan, Pameran Galeri Hiasan Dalaman dari Turki, Iran dan Malaysia, Kain Kiswah Kaabah, Artifak Rasulullah (ﷺ) Replika Pedang Rasulullah (ﷺ) dan Para Sahabat dan banyak lagi.
Juga terdapat ‘Program Waqaf Al Quran Ke Seluruh Dunia’. Program ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menyumbangkan derma untuk waqaf Al-Quran ke seluruh dunia. Atas inisiatif Yayasan Restu untuk menzahirkan bantahan dan sebagai tindakan balas terhadap tindakan ahli politik sayap kanan Sweden yang telah melakukan tindakan keji membakar Kitab Suci Al-Quran di Stockholm baru baru ini. Staf Pusat Tamhidi tidak ketinggalan telah mengambil peluang keemasan dan menyertai proram waqaf Al- Quran ini. Sebanyak 1 juta naskah Al Quran akan diedarkan ke seluruh dunia sebagai menyelar perbuatan membakar Al-Quran hasil dari sumbangan para pengunjung pameran. Tahniah kepada kakitangan Pusat Tamhidi yang telah meyumbang. Diharapkan program lawatan ini dapat memberi dorongan kepada staf Pusat Tamhidi untuk lebih menghayati dan menghargai Al-Quran melalui informasi sejarah dan kesenian Islam.