Pada 12 Ogos 2022, hari Jumaat, Pusat Tamhidi telah menganjurkan Program Jejak Kampus 2022. Program ini merupakan salah satu slot program dalam minggu Taaruf pelajar Tamhidi Sesi 2022/23. Program ini telah bermula di Pusat Sukan pada pukul 8 pagi dan berakhir di Dataran Canselori pada pukul 12 tengah hari. Pelajar dan staf yang terlibat bermula dengan menyertai sesi senaman ringan sebelum berjalan mengikut 2 laluan utama di dalam kampus USIM. Pelajar baharu didedahkan mengenal beberapa bangunan PTJ dan Fakulti sepanjang laluan dengan bantuan pembantu urusetia yang bertugas. Disamping itu, pelajar perlu berada di ‘check point’ masing-masing untuk menjawab soalan dalam modul bertemakan kelestarian yang telah disediakan sebelum bertolak ke Dataran Canselori bagi sesi bergambar. Secara keseluruhannya, program ini telah membantu pelajar baharu mengenal kampus USIM selain dapat meningkatkan kecergasan badan. Di samping itu, program ini juga dapat merapatkan ukhwah di antara staf dan pelajar.