Bengkel Tatanama Sebatian Organik Pusat Tamhidi 2023 telah diadakan pada 4 Mac 2023 (Sabtu) bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3) pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 350 orang pelajar program Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains dan Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi; berserta lima tenaga pengajar kursus Kimia ialah Pn Latipah Mohd Noor, Pn Siti Rubaini Mat, Hj Afif Arifin, Dr Nurul Jannah Abd Rahman dan Dr Nadrahtul Huda Misral. Pelajar didedahkan awal dengan IUPAC Nomenclature, suatu kaedah penamaan sebatian kimia yang seragam dan digunakan oleh saintis sedunia. Ini memudahkan pelajar memahami kandungan kurikulum kursus Kimia Organik yang akan dihadapi selepas peperiksaan pertengahan semester nanti. Pelajar dilihat memberi komitmen yang baik dan bergiat aktif dalam menjawab soalan latihan dan kefahaman yang diberi sejurus selepas seminar berlangsung. Pelajar diberi hidangan minum pagi berupa nasi lemak dan air teh O panas, yang merupakan sebahagian daripada sumbangan daripada Pusat Zakat dan Wakaf USIM.