Nilai, 19 Januari. Pusat Tamhidi telah mengadakan Bengkel Hala Tuju Pusat Tamhidi 2022 pada bertempat di Galeri Canselori USIM. 

Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk memantapkan hala tuju organisasi dan pelan tindakan bagi Pusat Tamhidi yang dijana bersama oleh setiap staf di jabatan. Program ini juga bertujuan melihat pelaporan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Tamhidi sepanjang tahun 2021 di samping meneruskan kesinambungan perancangan dan strategi untuk tahun 2022 dan masa akan datang. 

 

Bengkel yang melibatkan keseluruhan staf Pusat Tamhidi turut disertai En. Mohd Ridwan Mohd Lau dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama selaku Penyelaras Bahasa Inggeris Pusat Tamhidi. 

 

Semoga dengan penganjuran bengkel seperti ini dapat memantapkan hala tuju organisasi dan pelan tindakan bagi Pusat Tamhidi berdasarkan Misi USIM 2022.