Edaran bungkusan makanan iftar kepada pelajar Tamhidi berlangsung pada 30 April 2021 bertempat di Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC), bermula seawal jam 5.30 petang sehingga 6.30 petang.

Majlis disempurnakan oleh Pengarah Tamhidi, Yang Berbahagia Prof Madya ChM Dr Juliana Jumal, dan Ketua Jawatankuasa Barakah Pusat Tamhidi, Yang Berusaha Ust Wan Amir Nudin bin Wan Ishak dengan kehadiran ahli JK Barakah Pusat Tamhidi 2021.

Sebanyak 150 bungkusan makanan dibahagikan kepada pelajar dengan bantuan Jawatankuasa Siswa/Siswi Asrama KKNC, mengikut peraturan dan SOP pergerakan pelajar di kafetaria sebagaimana yang ditetapkan.

JK Barakah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penginfaq dan penyumbang yang telah mendermakan wang ringgit bagi menjayakan program ini.