Tamhidi Syariah dan Undang-undang

Terbuka kepada Kategori A : ALIRAN SAINS / SASTERA

Program ini adalah sebagai persediaan pelajar untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang Dengan Kepujian setelah menamatkan pengajian mereka pada peringkat pra-universiti dan  akan ditempatkan di bawah Fakulti Syariah dan Undang-Undang.

 

Syarat Am Universiti:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA(5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

 

Syarat Khas Program:

1. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi

2. Memperolehi sekurang-kurangnya Gred C+ dalam MANA-MANA DUA (2) mata pelajaran berikut:

  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Tasawwur Islam

3. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan

4. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C+ dalam salah SATU(1) daripada mata pelajaran lain

 Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7019/7005, Faks: +606-798 7068, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.