Tamhidi Sains dan Teknologi

Terbuka kepada Kategori A : ALIRAN SAINS

Pelajar yang menamatkan pengajian mereka dalam program ini akan mengikuti Ijazah Sarjana Musa Sains dengan Kepujian dalam bidang Bioteknolgi Makanan, Sains Aktuari & Pengurusan Risiko,  Keselamatan Komputer & Jaminan Maklumat, Matematik Kewangan dan Kejuruteraan Telekomunikasi yang dikelolakan di bawah Fakulti Sains dan Teknologi.

Kandungan kursus program ini tidak jauh berbeza dengan Program Tamhidi Perubatan.

 

Syarat Am Universiti:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA(5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

 

Syarat Khas Program:

1. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi

2. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C+ dalam MANA-MANA DUA (2) mata pelajaran berikut:

  • Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam

2.  Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran berikut:

  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Bahasa Inggeris

 Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7019/7005, Faks: +606-798 7068, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.