Tamhidi Perubatan

Terbuka kepada Kategori A : ALIRAN SAINS

Program ini menyediakan pelajar untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri USIM setelah mereka tamat dengan cemerlangnya. Program Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri USIM akan dijalankan secara kerjasama dengan universiti di Timur Tengah seperti Universiti Al-Azhar, Mesir. Hospital pengajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM adalah Hospital Ampang yang baru siap dibina.

 

Tamhidi Pergigian (2 semester)

Syarat Am Universiti:

1.     Warganegara Malaysia; dan

2.     Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

 

Syarat Khas Program:

1. Memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian Gred C dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi

2. Memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian Gred B dalam MANA-MANA DUA(2) mata pelajaran berikut:

  • Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam

3.  Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran berikut:

  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Bahasa Inggeris

 Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7019/7005, Faks: +606-798 7068, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.