Tamhidi Perakaunan dan Muamalat

Terbuka kepada Kategori A : ALIRAN SAINS / SASTERA

Program ini menyediakan pelajar untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian serta sarjana Muda Pentadbiran Muamalat Dengan Kepujian yang dikelolakan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat.

Kandungan kursus program ini akan memberi asas yang kukuh dalam pelbagai matapelajaran terutama nya Ekonomi, Perakaunan, Perdagangan dan Matematik bagi membolehkan para pelajar lulusan program ini membuat pengkhususan dalam bidang yang telah dinyatakan.

 

Syarat Am Universiti:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA(5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

 

Syarat Khas Program:

1. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi

2. Memperoleh Gred C+ mana-mana DUA(2) dalam mata pelajaran berikut:

  • Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam

2. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran berikut:

  • Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas/ Perdagangan

3. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B+ dalam mata pelajaran berikut:

  • Matematik/ Matematik Tambahan

4. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Dua (2) mata pelajaran yang lain

 Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7019/7005, Faks: +606-798 7068, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.