Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama Jawatankuasa Barokah Tamhidi dan Pusat Sukan USIM julung kali mengadakan Program Pagi Barokah & Sihat 2023 pada 1 Febuari 2023. Ini bertujuan mengeratkan dan meningkatkan aktiviti sosial dan fizikal dalam kalangan warga staf Tamhidi. Pelbagai slot menarik seperti solat hajat, solat dhuha, sesi tazkirah, senaman ringkas serta cabutan bertuah.