Pertandingan inovasi Pre-University Malaysia Innovation Competition (PIITRAM) 2022 telah di adakan pada 2-4 Mac 2022 secara dalam talian. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pusat Asasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sebanyak 118 penyertaan dari kategori A iaitu kategori pleajar Sains dan Teknologi dan 108 penyertaan dari kategori C iaitu kategori akademik telah di hantar dari pelbagai Pusat Asasi Universiti Awam Malaysia dan Kolej Matrikulasi seluruh negara. Pada tahun ini Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menghantar sebanyak 10 penyertaan. 6 penyertaan bagi kategori A (pelajar sains dan teknologi) dan 4 penyertaan bagi kategori C (akademik). Pusat Tamhidi telah merangkul sebanyak 5 pingat emas, 4 pingat perak, dan 1 pingat gangsa. Masing- masing menerima 1 medal bagi setiap kumpulan & sijil bercetak untuk setiap ahli Terima kasih atas usaha dan semangat juang peserta dan syabas kami ucapkan di atas kejayaan yang di perolehi. Semoga inovasi dan budaya rekacipta untuk kemajuan ummah diteruskan lagi dan diganjarkan oleh Allah.