Pada 14 Febuari 2023, Pusat Tamhidi telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium dan Galeri Bank Negara di Kuala Lumpur. Lawatan ini memberi pendedahan tentang ekonomi Malaysia, peranan Bank Negara Malaysia di dalam pembangunan ekonomi serta landskap kewangan negara sejak zaman pra-kemerdekaan sehingga kini. Seramai 22 orang pelajar daripada program Tamhidi Sains Fizikal dan 6 staf Tamhidi terlibat dalam lawatan ini.