FAQs

Home/FAQs
FAQs2022-01-06T09:04:30+08:00
Adakah calon OKU boleh memohon?2021-12-20T07:35:02+08:00

Hanya ketidakupayaan berikut diperimbangkan:

  1. pekak guna alat,
  2.  buta sebelah mata
  3. gagap
  4. kerdil
  5. ketidakupayaan kaki
  6. sengau
  7. rabun menggunakan kanta khas
  8. ketidakupayaan tangan
  9. buta warna
  10. ketidakupayaan lain
Berapa lamakah tempoh pengajian Program Tamhidi USIM?2021-12-20T07:39:47+08:00

Tempoh masa pengajian Program Tamhidi adalah selama satu (1) tahun dan dibahagikan kepada dua (2) semester.. Jumlah keseluruhan ialah 52 minggu. 

Apakah program pengajian yang ditawarkan di Pusat Tamhidi USIM?2021-12-20T07:41:09+08:00

a. Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains 

b. Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi 

c. Tamhidi Syariah dan Undang-Undang 

d. Tamhidi Perakaunan dan Muamalat 

 

Apakah medium pengajaran di Pusat Tamhidi USIM?2021-12-20T07:42:16+08:00

Pusat Tamhidi menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi sesi PdP. 

Apakah syarat lulus Program Tamhidi USIM?2021-12-20T07:43:19+08:00

Pelajar hanya layak diperakukan lulus Program Tamhidi USIM setelah syarat-syarat berikut dipenuhi: 

a. memperolehi PNGK tidak kurang daripada 2.00; 

b. lulus dalam semua mata pelajaran yang ditetapkan; dan 

c. memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan dan diluluskan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa. 

Apakah program ijazah yang ditawarkan kepada pelajar lepasan Program Tamhidi USIM?2021-12-20T07:44:50+08:00

19 program di USIM yang ditawarkan mengikut program dan syarat yang ditetapkan  

Sila rujuk https://admission.usim.edu.my/undergraduate-studies/ 

Apakah kemudahan yang disediakan kepada pelajar Tamhidi USIM?2021-12-20T07:49:44+08:00

Kemudahan yang disediakan : 

a. Perpustakaan 

b. Makmal Biologi / Fizik / Kimia 

c. Makmal komputer berinternet 

d. Dewan kuliah 

e. Asrama 

f. Kemudahan sukan 

g. Pengangkutan Bas

Di manakah tempat tinggal bagi pelajar Tamhidi USIM?2021-12-20T07:50:52+08:00

Semua pelajar Tamhidi akan ditempatkan di Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC.  KKNC ini terletak 13km dari USIM dan perkhidmatan bas disediakan kepada pelajar Tamhidi

Bagaimanakah cara sekiranya saya mengalami masalah daftar ke masuk emel Raudhah USIM?2021-12-20T07:55:01+08:00
Apakah perbezaan Program Tamhidi USIM dengan Program Matrikulasi dan Asasi?2021-10-28T14:57:20+08:00
Tamhidi USIM  Program Matrikulasi  Program Asasi  
Merupakan program asasi yang ditawarkan oleh

 Universiti Sains Islam Malaysia 

Merupakan program tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia  Merupakan program yang ditawarkan oleh Universiti Awam, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta 
Feeder kepada USIM sahaja. Pelajar lepasan Tamhidi 

hanya boleh menyambung pengajian peringkat sarjana 

muda di USIM sahaja. 

Tidak terikat dengan mana-mana universiti.  Mengikut syarat yang telah ditetapkan  oleh universiti tersebut.