Jawatankuasa Barakah telah mengadakan Majlis Penghargaan & Pengiktirafan Nadi Huffaz Tamhidi (NAFFDI) Sesi 2020/2021 pada Sabtu, 24 Julai 2021 secara  virtual melalui platform MS Teams. Majlis bermula dengan bacaan al-Waqiah yang dipimpin oleh Saudara Ismail bin Dasrul dan Doa Selamat. Sesi Perkongsian disampaikan oleh Saudari Aisyah Qistina binti Mat Azura yang merupakan bekas pelajar Tamhidi Perubatan sesi 2019/2020 juga merupakan ahli NAFFDI sesi 2019/2020. Majlis turut dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Pusat Tamhidi, Prof. Madya Chm Dr. Juliana Jumal, Ketua Jawatankuasa Barakah, En. Wan Amir Nudin Wan Ishak, Pembimbing NAFFDI, En. Mohamad Shukri Yazid, para pentasmik NAFFDI dan para pelajar NAFFDI. Majlis diakhiri dengan tayangan video aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang sesi 2020/2021 dan pengiktirafan kepada para pelajar yang telah berjaya menghafal surah yang telah ditetapkan. Semoga program-program seperti ini dapat membantu menghidupkan suasana membaca dan mentadabbur al-Quran dalam kalangan pelajar Tamhidi USIM khususnya.