Kelas Tahfiz bagi pelajar NAFFDI

/Kelas Tahfiz bagi pelajar NAFFDI
Kelas Tahfiz bagi pelajar NAFFDI 2019-04-15T21:08:52+00:00

Jumaat, 12 April 2019, Kelas Tahfiz bagi pelajar NAFFDI yang telah bermula pada bulan Mac yang lepas telah selesai pada hari Jumaat, 12 April 2019. Program tahfiz ini merupakan program berbentuk sukarela antara pelajar-pelajar dan Guru-guru Tasmik Al-Quran yang bertujuan menghidupkan budaya bacaan dan hafazan Al-quran di Pusat Tamhidi.

Pelajar-pelajar ini akan menghafal al Quran setiap pagi Isnin dan Jumaat sebelum ke kelas Al Quran.

Syabas diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dan Unit BarakahPusat Tamhidi atas usaha melaksanakan program ini.

Ayuh! Mari memartabatkan budaya cintai Al Quran.