FAQ

Di mana lokasi Pusat Tamhidi?

Bangunan Pusat Tamhidi terletak di Pusat Tamhidi, kampus USIM di  Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Maklumat lanjut , sila klik sini.

Apakah syarat-syarat kemasukan ke Program Tamhidi?

Syarat Am (Untuk Semua Program)

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengannya.
2. Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
3. Kepujian dalam mata pelajaran kombinasi berikut:
• Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi;
• Pendidikan Islam/Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah;
• Pendidikan Syariah Islamiyyah/Tasawwur Islam.

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

Apakah kursus yang ditawarkan di Tamhidi?

PROGRAM PENGAJIAN TAMHIDI DAN PROGRAM SARJANA MUDA YANG BERKAITAN

Bagi sesi 2010/2011, USIM menawarkan lima program Tamhidi yang menjurus kepada program Sarjana Muda berikut iaitu:

a.  Tamhidi Perubatan

  • Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri (MBBS)

b.  Tamhidi Sains dan Teknologi

  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko)
  • Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik Kewangan)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Fizik Gunaan)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri)

c.  Tamhidi Syariah dan Undang-Undang

  • Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dengan Kepujian

d.  Tamhidi Perakaunan dan Muamalat

  • Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan dengan Kepujian

e.  Tamhidi Pergigian

  • Sarjana Muda Pembedahan Pergigian

Bagaimana untuk saya menghubungi Pusat Tamhidi?

Hubungi di talian tel: 06-798 7019/7005 dan faks: 06-798 7068 atau Email : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya..

 Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7019/7005, Faks: +606-798 7068, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.