Konvensyen Sains Islam 2016 (KONGSI 16)

LATAR BELAKANG KONGSI'16

Program ini merupakan program kali kedua yang akan dianjurkan oleh peneraju program iaitu Pusat Tamhidi dengan mengambil kira hasil maklumbalas positif dan menggalakkan dalam kalangan para peserta dan para pembentang yang lalu. Pada tahun 2015, Konvensyen yang dinamakan sebagai Konvensyen Sains Islam 2015 ini telah melibatkan penyertaan di kalangan golongan akademik, pentadbiran, pengetua atau guru daripada sekolah kluster & sekolah angkat, dan pelajar-pelajar IPT. Tema konvensyen tersebut ialah ”Pendidikan Berterusan Melahirkan Generasi Terbilang”,di samping topik-topik khusus yang dipilih oleh Jawatankuasa untuk kepentingan Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM.

Bagi menyahut seruan USIM’16 iaitu menjadi universiti rujukan serantau, Konvensyen kali ini membuka peluang kepada penyertaan di peringkat antarabangsa sebagai salah satu usaha promosi dan penekanan dari sudut integrasi ilmu Naqli dan Aqli telah menjadi tunggak kurikulum di universiti ini. Konsep integrasi ilmu Naqli dan Aqli ini mampu melonjakkan USIM menjadi universiti rujukan serantau pada tahun ini.

Konvensyen ini bertujuan untuk menekankan bahawa bidang pengurusan, pendidikan, dan penyelidikan ini adalah berkesan dan bermakna bila mana perkara dasar ditekankan dalam menyahut cabaran dan keperluan semasa.

KONGSI’16 atau Konvensyen Sains Islam Peringkat Antarabangsa Kali Ke II (KONGSI’16) atau 2nd International Convention on Islam, Science & Education merupakan satu platform perkongsian ilmu melalui tema yang terpilih seperti Sains, Islam, dan Pendidikan yang merangkumi pengalaman Pengurusan Sekolah, Pengurusan Hal Ehwal Pelajar, Pengurusan Kaunseling, Pendidikan Islam (Syariah, Usuluddin, Tafsir, Hadith, Akidah, dll), Pendidikan Sains (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, ICT, dll), Pendidikan Bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab), Pendidikan Ekonomi (Ekonomi Islam, Perakaunan, Mikroekonomi, Makroekonomi, Business Mathematics, Business Statistics, dll), Pengajian Undang-Undang, Pengajian Undang-Undang, dan Pengajian Perubatan dan Pergigian.

Maklumat Lanjut sila layari : http://kongsi16.usim.edu.my/

 

 

 Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7019/7005, Faks: +606-798 7068, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.