Konvensyen Sains Islam Peringkat Antarabangsa Kali Ke II (KONGSI’16)

Tanggal 6 oktober 2016, satu Konvensyen Sains Islam Peringkat Antarabangsa Kali Ke II (KONGSI’16) atau 2nd International Convention on Islam, Science & Education telah diadakan dan berjalan dengan lancar bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM). Konvensyen ini merupakan konvensyen kali kedua yang telah di anjurkan oleh peneraju konvensyen iaitu Pusat Tamhidi dengan mengambil kira hasil maklum balas positif dan menggalakkan dalam kalangan para pesertadan para pembentang yang lalu. Tema kali ini adalah “Ke Arah Melahirkan Generasi Berpendidikan Sains Islam”.

Konvensyen kali ini telah melibatkan penyertaan pelbagai negara yang terdiri daripada Arab Saudi, Brunei, Indonesia, Iraq, Jordan, Malaysia, Nigeria, Qatar, Sudan, Algeria, Morroco, Libya, Palestin, U.A.E dan Kurdistan. Jumlah pembentang adalah 106 yang melibatkan 39 pembentang dalam Bahasa Melayu, 32 pembentang dalam Bahasa Inggeris dan selebihnya 35 pembentang dalam Bahasa Arab.

Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa USIM , Profesor Dr. Zulkiple Abd Ghani telah merasmikan KONGSI 16 sambil ditemani Pengarah PusatTamhidi , Dr Mohamed Akhiruddin Ibrahim serta ‘keynote speaker’ pertama Prof.Dato’ Dr.Yusof Hj Othman, Pengarah institut islam Hadhari, UKM.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan konvensyen ini secara langsung mahupun tidak langsung

Sekitar KONGSI 16.

 Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7019/7005, Faks: +606-798 7068, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.