PROGRAM BAHASA -YALLA....ARABIYYAH! PUSAT TAMHIDI

Unit Bahasa Arab, Pusat Tamhidi USIM telah menganjurkan Program Bahasa - Yalla....Arabiyyah! pada 26 Februari 2016 dan 4 Mac 2016 bertempat di Bilik Sumber Pusat Tamhidi. Program yang bertujuan untuk mewujudkan suasana dan budaya berbahasa Arab ini, merupakan satu program baru dan anjuran kali pertama oleh Unit Bahasa Arab.

Terdapat tiga aktiviti yang dijalankan iaitu pertandingan Kalam Jamaie, pertandingan Video Bahasa Arab dan pertandingan Kuiz Bahasa Arab. Pertandingan Kalam Jamaie dan Kuiz Bahasa Arab dibuka penyertaannya  kepada semua pelajar tamhidi, manakala penyertaan pertandingan Video Bahasa Arab diwajibkan kepada semua pelajar tamhidi. Pertandingan melibatkan kesemua program tamhidi iaitu Tamhidi Perubatan, Tamhidi Pergigian, Tamhidi Sains dan Teknologi, Tamhidi Syariah dan Undang-Undang serta Tamhidi Perakaunan dan Muamalat.

Dengan tema “Al-Arabiyyah Fi Al-Hayah, Al-Arabiyyah Hayyah”, kesemua aktiviti yang dipertandingkan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan setiap peserta memberi persaingan yang sangat hebat. Perjalanan program berjalan lancar dimana setiap aktiviti berlangsung dalam masa separuh hari sahaja iaitu bermula 2.45 petang dan berakhir jam 5.00 petang bagi kedua-dua tarikh. Perasmian penutup program dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Pengarah Pusat Tamhidi, Dr Mohamed Akhiruddin Ibrahim.

Moga program ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang sebagai wadah yang mampu meningkatkan kemahiran berbahasa di kalangan pelajar mahupun peningkatan kendiri mereka. InsyaAllah.

 

 

 

 Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7019/7005, Faks: +606-798 7068, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.