Konvensyen Sains Islam 2015 (KONGSI’15)

 

LATAR BELAKANG KONGSI'15

Program ini merupakan program yang julung kalinya akan dianjurkan oleh USIM hasil maklumbalas Pengetua-Pengetua Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM melalui mesyuarat berkala tahunan. Pada tahun 2014, Konvensyen ini dinamakan sebagai Seminar Sains Islam 2014 dalam skop perbincangan yang lebih umum iaitu daripada ’Konvensyen’ kepada ’Seminar’, di samping mengutamakan dan mendahulukan topik-topik khusus yang dipilih oleh Jawatankuasa untuk kepentingan Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM. 

Namun pada kali ini, program konvensyen ini akan dibuat dalam bentuk skala yang besar dalam bentuk pembentangan kertas kerja dan perkongsian pengalaman yang melibatkan Pengetua dan Guru Besar Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM termasuk mengambil kira pandangan ahli akademik, para pensyarah, kaunselor, guru-guru, dan pelajar-pelajar IPT. 

Sebagai menyahut seruan tema USIM, penekanan aspek naqli dan aqli telah menjadi tunggak kurikulum di universiti ini. Konsep naqli dan aqli ini telah melonjakkan USIM menjadi universiti rujukan di Malaysia dan USIM sedang berusaha untuk menempah nama sebagai universiti rujukan bagi naqli dan aqli di serantau ini menjelang 2016.

Sehubungan dengan itu, konvensyen ini dilihat sebagai satu platform untuk berkongsi ilmu melalui tema yang terpilih seperti Sains Islam, pengalaman pengurusan sekolah, pendidikan Islam, Pendidikan Sains, Pendidikan Bahasa, Pendidikan Ekonomi, Hal Ehwal Pelajar dan Kaunseling. Berdasarkan tema yang dipilih, penganjuran konvensyen ini bertujuan untuk menekankan bahawa bidang pengurusan, pendidikan, dan penyelidikan ini adalah berkesan dan bermakna bilamana perkara dasar ditekankan dalam menyahut cabaran dan keperluan semasa.

Maklumat Lanjut, Sila ke Laman Sesawang KONGSI'15 : http://kongsi15.usim.edu.my/

 

 


 Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7019/7005, Faks: +606-798 7068, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.