PROGRAM MOTIVASI PELAJAR BERSAMA IMAM MUDA ASYRAF

Pusat Tamhidi telah menganjurkan sebuah Program Motivasi Pelajar pada 19 Febuari 2016 yang bertempat di di Dewan Tunku Canselor (DTC). Penceramah jemputan iaitu Imam Muda Asyraf yang merupakan Juara Imam Muda Pertama Astro Oasis 2010. Program ini bertujuan unutk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga batas pergaulan dalam Islam.

Program ini dihadiri oleh hampir kesemua pelajar dan kakitangan Pusat Tamhidi. Tajuk kupasan yang dibawa sangat menarik iaitu “Antara Aku&Dia” mendapat sambutan yang sangat baik dan memberi manfaat yang sangat besar kepada semua. Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan penghayatan Islam dalam setiap diri mahasiwa dan mahasiswi Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia.

 Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7019/7005, Faks: +606-798 7068, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.