Konvensyen Sains Islam 2015 (KONGSI 15)

Konvensyen Sains Islam 2015 ( KONGSI 15 ) telah selamat diadakan dan berjalan dengan lancar bertempat di Galeri Canselori , Bangunan Canselori USIM pada hari Khamis, 29 Oktober 2015.
 
Konvensyen kali ini telah disertai oleh Pengetua dan Guru Besar Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Angkat USIM, pensyarah – pensyarah IPTA, pelajar – pelajar IPTA dan staf Pusat Tamhidi sendiri.
 
Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa USIM , Profesor Dr. Zulkiple Abd Ghani telah merasmikan KONGSI 15 sambil ditemani Pengarah Pusat Tamhidi , Dr Mohamed Akhiruddin Ibrahim serta Pengetua Cemerlang Maahad Hamidiah, Puan Wan Ruhayah Wan Yaacob.
 
Sekitar pemandangan KONGSI 15.
 
 
 
 
 
 

 Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7019/7005, Faks: +606-798 7068, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.