Program Minggu Taaruf Tamhidi Sesi Akademik 2015/2016

Pada 25 dan 27 Mei 2015 yang lalu, sebuah program telah dianjurkan oleh Pusat Tamhidi iaitu ‘Program Minggu Taaruf Tamhidi Sesi Akademik 2015/2016’ bagi memperkenalkan pelajar-pelajar Tamhidi baharu kepada tenaga pengajar begitu juga memberi taklimat akan sistem pembelajaran dan pengajaran di Pusat Tamhidi. Program ini telah diadakan di Dewan Besar USIM dan dihadiri oleh semua staf Pusat Tamhidi begitu juga pelajar-pelajar baharu. Program ini dijalankan selama tiga hari dan diisi dengan tiga slot taklimat iaitu:

  1. Taklimat Pengenalan Pusat Tamhidi oleh Pengarah Pusat Tamhidi (25 Mei 2015)
  2. Majlis Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah USIM (25 Mei 2015)
  3. Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar (26 Mei 2015)

Program minggu taaruf turut berjaya diadakan dengan kehadiran Menteri Mentor USIM iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Profesor Dr. Zulkiple Abd Ghani; dan juga Pengarah Pusat Tamhidi, Dr. Mohamed Akhiruddin Ibrahim. Diharap program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bukan sahaja bagi memperkenalkan pelajar-pelajar baharu kepada USIM malah bagi mengeratkan lagi silaturahim antara mereka dan tenaga pengajar.

 

 

 

 Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7019/7005, Faks: +606-798 7068, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.